Wednesday, August 4, 2010

Ogos-Buku 2 : Remeh Temeh Tentang Puasa

Assalamualaikum,


Bulan Ramadan bakal menjelma, sudahkah anda mempersiapkan diri? Ramai antara kita akan berkata : "Emmmm...sudah! Saya dah ready nak berpuasa....Siang hari berpuasa dari makan minum & malamnya berterawih di masjid atau surau dan oh ye...........kene bersahur jugak!"
Tapi itu bukan maksud saya...............


3 peringkat puasa (page 111)
Pertama : Puasa Orang Awam
Hanya sekadar meninggalkan makan,minum dan perkara yang membatalkan puasa. Manakala perkara2 makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan.
Kedua  : Puasa Orang Khas
Puasa ini cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara2 sunat bagi menambahkan kualiti puasanya.
Ketiga  : Puasa Paling Khas
Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa, tetapi perkara2 yang BOLEH membatalkan puasa. Perkara2 sunat amat dipentingkan. Anggota badan turut sama berpuasa. Hati pula sentiasa berzikir dan mengingati Allah.


Apakah matlamat Anda untuk puasa kali ini? Sudahkah anda mempersiapkan diri untuk mencapai matlamat anda? Adakah berpuasa sekarang sudah menjadi ikut-ikutan? Adakah kita berpuasa kerana segan dengan orang lain yang berpuasa? Harap-harapnya tak lah cam tu!  Benar...kita tidak arif dalam semua bidang...termasuklah bab puasa nie.....Tapi dah sebab kita nie dah besar panjang....confirm wujud perasaan malu nak bertanya apa2 yang kita tak tahu atau ragu2 tentang puasa! So camne ye!


Saya dah memiliki buku ini & saya syorkan anda juga untuk memiliki buku yang baik ini.


Tajuk Buku : Soal Jawab Remeh Temeh Tentang PUASA
Tapi Anda Malu Bertanya.........
Pengarang  : Dato' Hj Ismail Kamus & Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Harga         : RM20.00






Segala permasalahan dapat diselesaikan dengan ILMU. Nak cari Tok Guru....kat mana ye? So....carilah buku yang sesuai dan Insya Allah....Anda akan mendapat jawapan melalui buku ini.


Dalam buku ini bukan hanya membincangkan tentang berpuasa Ramadan sahaja, ibincangkan juga tentang kemuliaan Ramadan, perkara2 sunat & makruh ketika berpuasa, iktikaf di bulan Ramadan, solat Tahajud,  Zakat Fitrah, Sambutan Hari Raya & Puasa Enam Syawal. 


Anda tak de masa nak pi kedai buku? Sekarang makin mudah dengan dunia IT.....Klik sini ke KEDAI ON-LINE saya :-) Buat tempahan, bayar melalui pembayaran on-line banking atau Kda Kredit.....buku ini terus di hantar ke Office atau rumah Anda. Pilihan di Tangan Anda


TQ....Syahrin Azri Yahya 012-2126580

No comments:

Post a Comment