Tuesday, August 3, 2010

Ogos-Buku 1 : Indahnya Hidup Bersyariat

Assalamualaikum,


Saya telah pun memiliki buku ini. Alhamdulillah, buku ini sangat berbeza berbanding buku2 agama (Fardhu Ain & Fardhu Kifayah) yang telah saya miliki sebelum ini. Berkulit tebal....so tahan lama. Cara penyampaian penuh keceriaan.....teratur, berwarna-warni & penuh dengan gambar. Sejuk hati saya bila Syabil (anak sulung saya) khusyuk meneliti buku ini......dan bila dia tanya lebih2...eeerrr...mai papa baca kejap ( dalam hati....alamak.... lupa la!) dan kemudian saya terangkan sedaya mungkin. Iyelah...budak darjah 1...banyak sangat soalan! :-)  






Tajuk Buku : Indahnya Hidup Bersyariat ( Modul Fardhu Ain Diri,Keluarga dan Masyarakat sepanjang hayat) 
Pengarang  : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Harga         : RM55.00 ( Kulit Keras ) 

Buku ini patut dimiliki oleh setiap keluarga...lengkap A-Z...bermula dari kelahiran anak hinggalah ke bab kematian. Tahukah anda apakah peralatan2 memandikan jenazah & kafan? Anak2 mungkin tak faham kalau baca je info dalam buku tu...tapi...penuh dgn gambar! Gunakan masa lapang di bulan Ramadan nanti dengan membaca buku ini.

Apa yang menarik di Bab 1 - Syariat Kelahiran?


1. Tahnik
Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a "Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku    membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan   mulutnya) dengan sebiji kurma"


2. Berkhitan
Hadis riwayat Al Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda : "Bagi sesiapa masuk Islam, wajiblah ia berkhitan,   sekalipun ia sudah dewasa."

Disebutkan oleh Imam Ahmad drpd Ummu 'Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang     wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dgn sabdanya yang bermaksud;"Jika kamu mengkhitan, maka janganlah kamu berlebih-lebihan kerana yang demikian akan lebih baik  bagi wanita & lebih disukai oleh suami"


Info2 di atas dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat - Bab 1. 


Klik di sini untuk dapatkan buku yang paling terlaris ini .....terus di hantar ke rumah @ ofis Anda. 

No comments:

Post a Comment